Syifa
Aku jalan sepanjang laluan berbumbung. Dan aku jalan seorang. Dan kawasan ni macam takda orang. Dan sekarang waktu malam. Waktu habis prep class.
*Gulp*
Aku tunduk sepanjang perjalanan. Hati agak berdebar. Cepat-cepat aku jalan. Haish!
Kepala otak dah bayangkan macam-macam. *geleng kepala*
"Hana..."
Hamboi. Uish! Kus semangat.
"Tak payah nak tegur tiba-tiba ah. Nasib je tak gugur jantung" aku buat muka ala-ala marah
"Alolo. Hehe. Sorry sorry" Syifa menyengih "Mana Qila?"
*angkat bahu*
Syifa diam. Fahamlah tu kalau aku buat muka bosan. Dia teman sapanjang jalan.
Kadang-kadang, kata-kata tak perlu untuk buat orang faham.
Kadang-kadang, perbuatan, reaksi atau wajah kita dah cukup menggambarkan apa-apa yang kita dah alami.
Syifa, sahabat yang paling memahami walaupun tanpa bicara yang berpanjangan atau luahan rasa melalui kata-kata. Cukup hanya dengan reaksi aku, dia tetap faham apa yang sedang melanda jiwa aku.
Dan kadang-kadang juga, kata-kata susah nak buat orang faham.

